PUTRAJAYA: Kotak hitam helikopter AW139 (M72-01) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor bulan lepas sudah dihantar kepada syarikat pengeluar di Itali untuk dianalisis.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia susulan pihaknya telah menemui beberapa kerosakan terhadap kotak hitam berkenaan dan beranggapan lebih selamat sekiranya kerja-kerja analisis kotak hitam itu dilakukan oleh syarikat pengeluar untuk mengetahui punca kejadian.
"Maklumat daripada analisis kotak hitam itu kemudian akan diberikan kepada jawatankuasa siasatan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Maritim Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pemangku Ketua Pengarah APMM Datuk Saiful Lizan Ibrahim.
Helikopter yang membawa empat kru iaitu Leftenan Komander Maritim Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim; melakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa, Kuala Selangor dalam kejadian pada 5 Mac lepas.
Sementara itu mengulas insiden anggota Maritim Malaysia tercedera akibat ditembak ketika cuba menahan sebuah bot enjin sangkut untuk pemeriksaan di Lahad Datu, Sabah pada 7 April lepas, Saifuddin berkata Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
"Kita masih menunggu laporan penuh daripada doktor yang merawat beliau berhubung kecederaan berkenaan dan Kementerian Dalam Negeri akan memberikan bantuan sewajarnya bagi menjaga kebajikan anggota dan keluarganya sepanjang beliau menerima rawatan," katanya
Dalam kejadian itu, dua anggota Maritim Malaysia cedera dalam insiden berbalas tembakan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut, Kampung Pangi Kunak, Lahad Datu, ketika cuba menahan sebuah bot enjin sangkut untuk pemeriksaan Op Khas Pagar Laut.
Mengulas mengenai Op Khas Pagar Laut yang dilancarkan sempena Ramadan dan Syawal lepas pula, Saifuddin Nasution berkata Maritim Malaysia menahan 175 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dan merampas barangan bernilai RM15 juta.
"Tangkapan dan rampasan ini melihatkan pentingnya Maritim Malaysia melakukan operasi khas bagi menjaga dan mengawasi perairan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman.
Insiden Pulau Angsa: APMM masih siasat punca kejadian
Maritim Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.
Dakwaan pesawat terhempas di Klang tiada kotak hitam dirujuk kepada CAAM - KPN
Siasatan berkaitan dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, tidak dilengkapi kotak hitam dan perakam data penerbangan diserahkan kepada CAAM.
Nahas Yeti Airlines: Kotak hitam akan diperiksa di Singapura
Pasukan siasatan Nepal akan berlepas ke Singapura pada Jumaat dan proses pemeriksaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pesawat terhempas di Nepal: Dua kotak hitam, satu lagi mayat ditemukan
Dua kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dan satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pada Isnin, menjadikan angka kematian terkini kepada 69 orang.
Kotak hitam pesawat terhempas di Nepal ditemui
Penemuan tersebut bakal membantu pasukan penyiasat menentukan punca penerbangan itu terhempas.
Nahas China Eastern Airlines: Operasi mencari kotak hitam kedua diteruskan
Pihak berkuasa China meneruskan operasi mencari kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang terhempas di selatan China Isnin lalu.
Nahas MU5735: Media China tarik balik laporan 'kotak hitam kedua ditemukan'
Berita 'penemuan' kotak hitam kedua itu pertama kali dilaporkan pada Jumaat oleh CAAC News, sebuah akhbar dikendalikan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China.